Yeomoni Sarang Hamnida Abeoji And Eomoni
Salam all, entry ini special utk 2 insan yg saya paling sayang dlm dunia ini, iaitu Ayah dan ibu saya................
Selama saya hidup di dunia 31 tahun ini, i realise mereka berdualah insan yang paling sayangkan, memahami, sentiasa bersabar dengan kerenah saya. Kebahagiaan, kasih sayang, pengorbanan, dan jasa mereka berdua berikan kepada saya adalah sgt berharga, tiada ternilai, dan sukar utk dicari ganti. Syukur Alhamdulillah. Bersama kedua mereka saya hidup bahagia dan sempurna. Syukur Alhamdulillah my years have been great. I'm grateful for that ^_^
Sebagai seorg manusia yg sederhana dan x perfect ini saya empunya pelbagai kerenah. Bukan semua org dpt bersabar dan memahami kerenah saya ini. Hanya Ayah dan ibuku sahaja yang paham. Hampir semua yg saya hajati, impikan, mahukan.............mereka berdua tunaikan. Wow!!!!!!!!! I'm such a spoil brat. Hahah! Teringat kenangan semasa bercuti di Seoul last September 2017, saya nak sgt tengok Banpo Rainbow Lights Show, mereka berdua tunaikan walaupun perjalanan nak ke sana agak jauh dan sukar. Semasa bercuti di Seoul juga saya masih mahu melawat Namsan Tower walaupun dah 3 kali visit tempat tu......mereka ikut juga. Semasa di Namsan, saya nakkan sgt Hanbok experience...... mereka tunaikan. Walaupun sewa pakaian traditional Korean itu saya yang bayar tetapi mereka berdua x letih2 menjadi photographer saya dan mengambil gambar2 saya memperagakan hanbok tersebut seperti peragawati. Hehehe ^_^ Percutian di Seoul September lalu adalah percutian yang paling indah. Bukan sahaja setakat hanbok experience, Namsan Tower, dan Banpo Bridge tetapi hampir semua itinerary di Seoul saya yang pilih.
Selama 31 tahun bernafas di dunia ini, setiap tahun hari jadi saya sentiasa menerima hadiah yg best2 dari mereka berdua. Syukur Alhamdulillah mereka berdua sgt sayangkan saya dan sentiasa memastikan saya gembira, bahagia, dan sejahtera. Walaupun umur sudah dewasa dan besar panjang saya masih ditatang seperti minyak yg penuh.
Ya Allah S.W.T saya sgt bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak kepada 2 insan ini. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan, dan keselamatan mereka berdua. Panjangkanlah umur mereka, kuatkanlah kesihatan mereka, murahkanlah rezeki mereka sentiasa, dan lindungilah mereka berdua sentiasa.
Abeoji (Ayah), Eomoni (ibu), attal (anak) minta maaf selama ini attal byk nakal, selalu mahukan Abeoji and Eomoni layankan kerenah attal sahaja. Halalkan makan minum attal selama ini.
YEOMONI SARANG HAMNIDA ABEOJI DAN EOMONI. I LOVE YOU FOREVER.
Comments
Post a Comment